Friday 28 February 2014

Pegawai imigresen maut motosikal rempuh kereta

KANGAR - Seorang pegawai Imigresen maut selepas motosikal berkuasa tingginya merempuh sebuah kereta di Km 3.5 Jalan Arau-Kangar hari ini.

Mohd Anis Amran, 34, yang bertugas di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam meninggal dunia di tempat kejadian dengan mengalami kecederaan parah di kepala dalam kemalangan kira-kira 9 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, motosikal Honda CBR1000RR yang ditunggang mangsa merempuh Perodua Kembara yang membuat pusingan U berhampiran Taman Repoh.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan untuk menghadiri program 'Perlis Bike Week' di Dataran Sheikh Ahmad di sini.

Allahyarham yang tinggal di Abi di sini meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun.

Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk dibedah siasat.

Pemandu kereta tersebut yang berumur 70 tahun dan penumpangnya tidak mengalami kecederaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment