Friday 28 February 2014

Nia Dinata, Shuhami Baba antara pengarah antologi 'Unspoken Truths'


Pengarah serantau yang terlibat dalam pembikinan antologi Unspoken Truths
KUALA LUMPUR: Enam pengarah terkemuka serantau bakal mempersembahan antologi filem pendek berjudul “Unspoken Truths” sempena Hari Wanita Sedunia 8 Mac depan.

Antara pengarah wanita yang terlibat ialah pengarah handalan Indonesia, Nia Dinata, pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Niramon Ross (Thailand), Shireen Seno (Filipina), A.D. Chan (Singapura) dan Siti Kamaluddin (Brunei).

Tayangan filem “Unspoken Truths” bakal berlangsung di GSC Pavilion Kuala Lumpur.

Bersempena Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac setiap tahun, sekali lagi projek Ikal Mayang mengangkat suara wanita dalam satu festival yang bakal berlangsung selama dua hari di pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.

Bertemakan “Unspoken Truths: Biar Pecah di Perut, Jangan Pecah di Mulut”, Festival Ikal Mayang 2014 menggabungkan penceritaan menerusi pelbagai medium seperti filem pendek, penceritaan semuka, instalasi audio dan muzik.


Ikal Mayang 2014 turut mempersembahkan 10 filem pendek 2 minit karya asal daripada personaliti popular tanahair antaranya pelakon terkenal Eja, Elza Irdalynna, Ineza Roussille, Nora Nabila, Soefira Jaafar, Deborah Henry, Leia Aljoffery, Sharyn Lisa Shufiyan, Junad M.Nor dan Melissa Indot.

Pengunjung ke pusat membeli-belah itu berpeluang untuk bertemu dengan personaliti terkemuka seperti Sofia Jane, Sharifah Amani, Vanidah Imran, Redza Minhat, Cristina Suzanne Stockstill dan Carmen Soo dalam satu acara yang digelar ‘Rent A Story’ pada 8 Mac, 11 pagi hingga 1.30 petang.

Penyayi kelahiran Sarawak Zee Avi bakal pula bakal mengadakan persembahan di ‘Mamak Unplugged’ pada 3 petang hari yang sama.

Penyanyi sensasi Yuna telah diberikan penghargaan untuk mencipta lagu tema festival itu yang berjudul Sayang. Lagu tersebut merupakan terjemahan rasa penyanyi itu sebagai sokongan kepada festival tersebut.

Ikal Mayang merupakan inisiatif WOMEN:girls terbitan Garang Pictures dan Big EyEs Entertainment untuk mengangkat suara wanita menerusi pembikinan filem dan ditayangkan bagi meraikan Hari Wanita Sedunia setiap tahun.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment