Friday 28 February 2014

Empat remaja rentung nahas jalan raya

-- Gambar hiasan


SHAH ALAM: Empat remaja lelaki dilaporkan rentung selepas kereta mereka terbabas dan terbakar di hadapan Balai Polis Kapar, di Jalan Kapar, Klang awal pagi Khamis.

Mereka dikenali sebagai Ang Chin Fu, 18, yang memandu kereta itu, Lee Boon Huat, 19, Chong Chee Seng, 19, dan Chew Yee Ying, 19, sementara penumpang hadapan Chai Chee Seng, 19, terselamat dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu.

Ketua Trafik Daerah Klang Utara, ASP Zawary Mahadi ketika dihubungi berkata kereta mereka yang datang dari arah Bandar Baru Klang dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar tiang lampu isyarat.

"Kereta itu kemudiannya terbabas dan merempuh pula tembok di hadapan sebuah kedai pajak sebelum ia terbakar," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.

Bernama

No comments:

Post a Comment