Tuesday 11 February 2014

Padan muka: Penyamun diberkas orang ramai

Penyamun diberkas orang ramai
Suspek berjaya dicekup atas bantuan orang ramai.


IPOH – Seorang penjenayah berjaya diberkas orang awam setelah melihat lelaki bersenjatakan pisau itu mengugut seorang pengawal keselamatan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Menglembu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, suspek berusia 30 tahun terbabit mengugut mangsa berusia 58 tahun itu supaya menyerahkan barang kemas dipakainya sebelum disedari orang awam.


Seorang saksi, Lee Yeng Soon, 34, berkata, dia cuba membantu mangsa setelah melihat suspek cuba menarik rantai dipakai mangsa dan berlaku pergelutan di situ.

“Mangsa berpura-pura menyerahkan barang kemas yang dipakainya sebelum cuba menangkap suspek. Kami yang berada berhampiran memberanikan diri membantu menangkap suspek.

“Pada masa sama, sekumpulan ahli rukun tetangga yang berada di premis berhampiran turut membantu menahan lelaki itu sebelum anggota polis tiba dan membawanya ke Balai Polis Menglembu.

Walaupun suspek agresif, nasib baik kami tidak apa-apa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, rantai emas bernilai RM3,000 berjaya diperoleh kembali dari suspek.

“Hasil siasatan mendapati suspek terbabit mempunyai dua rekod kesalahan lampau dalam kes curi. Lelaki itu direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment