Tuesday 11 February 2014

16 Proton dirampas

KUALA LUMPUR - Polis Serdang berjaya menumpaskan 'Gang Proton' yang dipercayai terbabit dalam kes mencuri kereta jenis Proton di sekitar Serdang, Puchong dan Petaling Jaya sejak November tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias, menerusi Ops Lejang, kedua-dua suspek yang berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan di Puchong semalam.

"Hasil tangkapan kedua-dua suspek, polis menemui empat kereta Waja, sembilan Satria, dua Iswara, sebuah Putra serta satu enjin yang telah dilerai di sekitar daerah Serdang dan Petaling Jaya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau dan turut positif dadah jenis 'methamphetamine' dan 'amphetamine'.

Beliau berkata, seorang daripada suspek merupakan mekanik dan modus operandi mereka ialah menyasarkan kenderaan yang diparkir di tepi jalan, flat dan kondominium.

"Dalam masih dua minit sahaja mereka melakukan kerja ini dengan menggunakan pelbagai peralatan untuk membuka pintu kereta sebelum melarikannya," kata Abd Razak.

Kedua-dua suspek direman sehingga Jumaat ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment