Tuesday 11 February 2014

Lelaki buat kenyataan menghasut tentang Thaipusam ditahan polis

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menulis suatu status berunsurkan hasutan mengenai sambutan Thaipusam di laman Facebooknya, berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitternya hari ini.


Akhirnya 'MAN NANBLAST' yg muat kata2 berunsur hasutan semasa upacara Thaipusam tempoh hari, berjaya ditangkap tadi @PDRMsia— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) February 10, 2014


Lelaki yang nama profil Facebooknya Man Namblast, menulis, 'Berpuluh ribu syaitan sedang berarak menaiki tangga Batu Cave', pada 17 Januari lepas.

Status tersebut yang ditujukan terhadap penganut Hindu yang menyambut Thaipusam di Batu Caves, telah menyinggung perasaan mereka dan menyebabkan kemarahan orang ramai.

Walaupun, akaun Facebook tersebut sudah ditutup, namun imbasan imej tersebut telah diedarkan dengan meluasnya di laman media sosial.

Hampir 200 laporan polis telah dibuat mengenai status tersebut dan Ketua Pemuda MIC C. Sivaraajh telah bertekad untuk membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil ke atas pemilik akaun itu.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment