Monday 13 January 2014

Taktik inlay lariskan CD cetak rompak


Taktik inlay lariskan CD cetak rompak
Pelanggan hanya memilih cover berdasarkan inlay dipamerkan.


CETAK rompak kini semakin berleluasa dengan wujudnya pelbagai taktik untuk mengaut untung yang mudah dan mewah. Golongan tidak bertanggungjawab ini  menyulitkan periuk nasi penggiat seni tanah air.

Kini golongan sindiket ini semakin licik untuk memasarkan produk cakera padat digital (CD, VCD, DVD) cetak rompak. Hal ini ketara kerana sindiket ini diguna pakai dalam setiap penjualannya di kedai CD cetak rompak.

Taktik ini agak mudah untuk dilakukan selain mampu mengaburkan mata dan menyukarkan pihak berkuasa.

a. Apa itu inlay?

Inlay didefinisikan sebagai bahan promosi.

b. Bagaimana modus operandinya ?

Golongan peniaga akan menjual VCD atau DVD dengan menunjukkan kulit depan filem sahaja. Manakala kandungannya (CD) diletakkan di tempat lain. Hanya sekadar hendak beritahu kepada orang awam sahaja.

c. Di manakah CD cetak rompak ini disimpan?

Biasanya CD cetak rompak ini diletakkan di ruang khas yang tersorok seperti di bawah sofa, di sebalik dinding dan almari.

Ada juga menggunakan runner untuk mengambil tempahan cetak rompak pengguna. Runner ini akan akan dihubungkan menggunakan walkie-talkie sebelum barang itu diambil di satu lokasi agak jauh dari kedai dan juga di dalam van.

Ada juga sesetengah kedai yang mempamerkan CD original di luar. Setelah pengguna ingin membeli CD tersebut, penjual akan mendapatkan CD tersebut, namun yang dijualnya hanya cetak rompak.

d. Bagaimana proses cetakannya?

Kebiasaannya peniaga atau sindiket ini akan menghasilkan sendiri cetakannya itu. Mereka akan menghasilkan secara berasingan, iaitu tiga lokasi berbeza:
1. Mereka akan menciplak filem atau album lagu di lokasi A.
2. Proses ciplak kulit CD pula di lokasi B.
3. Kedua-dua barang dari A dan B akan dikumpulkan sebelum dibungkus menjadi satu produk yang lengkap, iaitu CD, kulit dan sarungnya.
e. Berapa jumlah modal yang dikeluarkan?

Sindiket atau peniaga hanya bermodalkan mesin pencetak dan internet sahaja. Mesin pencetak bertujuan mencetak kulit filem atau lagu bagi kelihatan seperti original. Manakala, internet digunakan untuk memuat turun filem atau lagu yang diinginkan sebelum dimuat turun dalam CD.

f. Apakah akta menyabitkan kesalahan tersebut?
1. Akta Perihal Dagangan 2011 (Label Cakera Optik)
Individu – Denda tidak lebih RM100,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Syarikat – Denda tidak lebih RM250,000 (Denda boleh meningkat sekali ganda lagi jika individu atau syarikat disabit salah sekali lagi. Denda boleh dikenankan kompaun, namun tidak lebih dari separuh denda maksimum).
2. Akta Hak Cipta 1987
a. Individu – Denda antara RM2,000 hingga RM20,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali. b. Syarikat – Denda antara RM20,000 hingga RM40,000.
(Kesemua nilai denda bergantung pada jumlah satu salinan langgaran pada CD tersebut. Misalnya jika CD itu mengandungi sepuluh lagu, maka jumlahnya adalah sepuluh salinan langgaran).

Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment