Monday 13 January 2014

Siti kongsi kemeriahan sambutan hari jadi


Foto yang dikongsi di laman sosial Instgaram Datuk Siti Nurhaliza


PENYANYI tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin teruja apabila menerima kejutan sempena hari kelahirannya yang jatuh pada 11 Januari.

Sambutan hari jadi ke-35 Siti itu dirancang oleh suami dan anak-anaknya. Siti turut berkongsi detik manis itu di laman Instagram milik beliau.

"Terima kasih buat hero saya Adib Khalid, Asyraf Khalid dan Aazief Khalid (kerana) rancangkan majlis istimewa ini.

"Kejutan dan hadiah istimewa semalam, terima kasih banyak-banyak (kepada) Tunku Jalil, suami dan anak-anak... sayang semua sangat-sangat," tulisnya di laman mikro itu.

Siti juga melalui video yang dimuatnaik di laman mikro itu juga turut mendapat hadiah istimewa apabila Tunku Laksamana Johor, Tunku Jalil telah mendendangkan sebuah lagu untuknya dan turut dinyanyikan secara beramai-ramai.

Malah ibu Siti, Siti Salmah Bachik juga turut menunjukkan bakat menyanyi bersama anak kesayangannya itu.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment