Monday 13 January 2014

Kota Jakarta dilanda banjir, warga kongsi gambar



JAKARTA: Hujan berterusan sejak Ahad menyebabkan 7,367 rumah di Jakarta dinaiki air dan sejumlah 5,152 penduduk tempatan dipindahkan.

Pusat Data Maklumat dan Perhubungan Awam, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mencatatkan 75 kawasan petempatan di 18 daerah kecil di Jakarta sejak 7 pagi tadi.

Menurut laporan Bernama, kawasan Cawang dicatat sebagai kawasan paling buruk terjejas banjir. Kawasan lain yang terjejas adalah Cililitan, Bidara Cina dan Kampung Melayu.

Mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan seperti di bangunan pusat kesihatan, masjid and sekolah rendah setempat.

Berikut adalah gambar yang dimuat naik di Twitter oleh penduduk tempatan:














Sumber: ASTRO Awani  

No comments:

Post a Comment