Monday 13 January 2014

Shila Amzah tercalon lagi

Shila Amzah
Shila Amzah


PENYANYI berbakat, Shila Amzah yang sebelum ini pernah tercalon dalam kategori Best Female Artist dan Best Entertainer of The Year dalam World Music Awards 2012, sekali lagi tercalon dalam anugerah yang sama pada tahun ini.

Sebelum ini, hanya dua pencalonan sahaja untuk penganugerahan ini, kali ini Shila tercalon untuk lima kategori, WMA termasuklah World’s Best Live Act, World’s Best Song dan juga World’s Best Video.

Malah, menerusi lima kategori itu, Shila bakal bersaing dengan artis hebat antarabangsa yang lain termasuk Kelly Clarkson, Shakira, Adele, Alex Hepburn, Alicia Keys, Avril Lavigne, Britney Spears, Beyonce, Bruno Mars, Kanye West dan ramai lagi.

WMA merupakan majlis berprestij yang mengiktiraf artis berdasarkan jualan album dan undian orang ramai menerusi internet.

Selain Shila, terdapat juga artis Asia lain yang turut tercalon dalam WMA kali ini termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Afghan, Agnes Monica, Ariel dan juga Datuk Rossa.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment