Monday 13 January 2014

American Hustle menang besar di Anugerah Golden Globe



Filem American Hustle menang besar apabila memenangi tiga anugerah dari tujuh pencalonan di anugerah Golden Globes ke-71. Filem ini memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Muzikal/Komedi) untuk Amy Adams, Jennifer Lawrence untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Muzikal/Komedi) dan Filem Terbaik untuk Muzikal/Komedi.

Matthew McConaughey yang dicalonkan buat kali pertama memenangi kategori Pelakon Terbaik (Drama) menerusi filem Dallas Buyers Club. Beliau menewaskan nama-name besar seperti Chiwetel Ejiofor, Idris Elba, Tom Hanks dan Robert Redford. Penyanyi terkenal Jared Leto pula memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem yang sama. Untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik, Cate Blanchett menewaskan Sandra Bullock, Judi Dench, Emma Thompson, dan Kate Winslet.

12 Years A Slave memenangi kategori Filem Terbaik (Drama).

Untuk kategori televisyen, Breaking Bad memenangi anugerah Siri TV Terbaik dan Pelakon Siri TV Terbaik untuk Bryan Cranston. Michael Douglas pula memenangi anugerah Pelakon Terbaik untuk Telefilem.

Golden Globes berlangsung di Hotel Beverly Hilton dan dihos oleh Tina Fey dan Amy Poehler.

-ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment