Monday 13 January 2014

300 rumah berusia 1,300 tahun hangus

300 rumah hangus
Bomba gagal memasuki kawasan kebakaran kerana laluan sempit


BEIJING - CHINA. Kira-kira 300 rumah kayu berusia 1,300 tahun hangus dalam kebakaran di sebuah kawasan pelancongan popular di Shang-La, Tibet, China.

Pegawai keselamatan berkata, seramai 2,600 penduduk dipindahkan dalam kejadian di Dukezong, kelmarin.

“Anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa 10 jam untuk mengawal kebakaran. Sebanyak 50 rumah terpaksa dirobohkan bagi menghalang api merebak,” katanya dipetik AP

Menurutnya, kebakaran sukar dikawal kerana jentera bomba tidak boleh memasuki kawasan perumahan yang sempit dan padat itu. 

“Kerugian awal dianggarkan sekitar 10 juta pound (RM54 juta). Rumah tetamu kerajaan antara yang musnah dalam kejadian itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment