Wednesday, 11 December 2013

Siri konflik hak tanah Orang Asli menang anugerah


Wartawan Astro AWANI, Tan Su Lin menerima Anugerah SUHAKAM bagi kategori media penyiaran menerusi laporan khas tiga siri mengenai konflik hak tanah orang asli pada Majlis Anugerah Hak Asasi Manusia 2013.



Anugerah disampaikan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Tan Sri Hasmy Agam di sebuah hotel di ibu negara pagi tadi.



Hasmy merujuk kepada laporan khas tiga siri Tan Su Lin sebagai contoh terbaik laporan yang mengenegahkan isu hak asasi manusia di mana peranan media adalah penting sebagai platform dalam mengetengahkan isu-isu tersebut.



Kekerapan pendedahan berkaitan isu itu juga mampu meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai isu-isu berkaitan hak asasi manusia.

Hasmy turut berharap agar lebih banyak media menghasilkan laporan yang memperjuangkan hak asasi secara menyeluruh.

Tan Su Lin yang ditemui selepas menerima anugerah juga menyatakan persetujuannya dan bertekad untuk terus menghasilkan lebih banyak laporan berkaitan hak asasi.

ASTRO Awani

No comments:

Post a Comment