Wednesday, 11 December 2013

Lim mohon maaf gelar Jahara nenek

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid.


GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng Selasa memohon maaf kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid kerana memanggilnya 'nenek'.

Lim bagaimanapun menegaskan tidak menarik balik kenyataannya yang melabel Jahara sebagai rasis.

"Seandainya Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang terasa hati secara peribadi kerana saya memanggilnya seorang nenek yang rasis kerana ia terkait dengan gendernya, maka saya akan memanggilnya seorang rasis sahaja. Saya memohon maaf kerana menggunakan perkataan 'nenek'.

"Namun beliau tetap seorang yang rasis kerana memainkan api kebencian terhadap kaum dan agama melalui pembohongannya," katanya dalam kenyataan di George Town.

Terdahulu dalam sidang medianya, Jahara menyifatkan kenyataan Lim yang melabelnya 'racist grandmother' atau nenek rasis sebagai biadabdan mahu Ketua Menteri itu memohon maaf dengan serta-merta dalam persidangan DUN.

Lim dilapor melabel Jahara sebagai 'nenek rasis' susulan dakwaan Ketua Pembangkang itu wujud pilih kasih dalam tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan terhadap peniaga Melayu dan Cina di Pantai Bersih, Butterworth.

BERNAMA 

No comments:

Post a Comment