Wednesday, 11 December 2013

Uruguay negara pertama di dunia 'halalkan' dagangan dadah marijuana

MONTEVIDEO: Uruguay meluluskan undang-undang perintis membenarkan marijuana, sekali gus menjadi negara pertama di dunia 'menghalalkan' pengeluaran dan penjualan dadah jenis berkenaan. 

Selepas lebih 12 jam diperdebatkan, 16 daripada 29 ahli senat hari ini mengundi menerima rang undang-undang itu yang diketuai Presiden, Jose Mujica, yang kini perlu menandatanganinya dalam supaya menjadi satu undang-undang baru. 

Di luar dewan Senat, ratusan penyokong penghisap dadah berkenaan berpesta dengan membakar bunga api bagi meraikan berita itu yang disifatkan mereka sebagai 'perarakan terakhir pengharaman marijuana'. 

“Perang terhadap dadah sudah gagal," kata Senator Roberto Conde yang mewakili kumpulan penentang rang undang-undang itu. 

Dengan itu, ia membenarkan pengeluaran, pengedaran dan penjualan cannabis dan membenarkan individu menanam pokok marijuana dalam saiz yang kecil dan boleh menubuhkan kelab pengguna - yang semuanya dikawal dan dipantau pihak berkuasa negeri. -- AP

No comments:

Post a Comment