Sunday 17 May 2015

Brutalnya!! Dipukul pengawal trafik sebab langgar lampu merah

Pengawal lalu lintas ditahan pihak berkuasa sejurus selepas kejadian berlaku.

SHANDONG-CHINA. Seorang pengawal lalu lintas bertindak di luar batasan apabila memukul seorang wanita yang merupakan pejalan kaki menggunakan tukul sehingga pengsan.

Lapor portal Metro.co.uk semalam, mangsa yang dipukul di bahagian kepala dikatakan melanggar undang-undang pejalan kaki dengan melintasi lampu merah; menyebabkan pengawal tersebut berang dan memukulnya.

Menurut saksi, mangsa dan pengawal tersebut pada awalnya bertengkar kerana wanita tersebut melanggar isyarat lampu merah.

“Kemuncak pertengkaran berakhir selepas wanita itu dipukul dengan menggunakan tukul besi. Wanita tersebut pengsan selepas itu.

“Pengawal lalu lintas itu menjerit “saya tidak akan benarkan awak berjalan meredah lampu merah!” kepada wanita tersebut sebelum memukulnya,” katanya.

Mangsa tersebut dikejarkan ke hospital berdekatan oleh orang ramai.

Pengawal lalu lintas tersebut ditahan di tempat kejadian dan kes disiasat oleh pihak berkuasa.

- Sumber: metro.co.uk

No comments:

Post a Comment