Sunday 17 May 2015

Kisah cinta unik Sophie dan Dave

Sophie dan Dave dilahirkan selang dua jam sahaja. - Gambar hiasan

Kadangkala apa yang terjadi di dalam hidup kita tidak dijangka, tetapi itulah yang dinamakan takdir.

Mungkin itu gambaran paling tepat untuk pasangan Sophie Coles dan Dave McDermott dari Leicestershire, United Kingdom ini. Mereka bukan sahaja berasal dari daerah yang sama, membesar di daerah yang sama dan bersekolah di daerah yang sama, malah mereka juga dilahirkan di hospital yang sama.

Lebih menarik, mereka juga dilahirkan pada tarikh yang sama, dan waktu kelahiran mereka hanya berbeza dua jam sahaja.

Mereka dilahirkan di Leicester Royal Infirmary pada 14 Mac 1989. Pasangan ini mula berpacaran 10 tahun lepas dan hanya menyedari kebetulan tersebut beberapa bulan kemudian.

Mereka kemudiannya sama-sama menyambung pelajaran di Leeds University; Dave melanjutkan pelajaran dalam bidang Alam Sekitar manakala Sophie mengambil ijazah Sains Sukan.

Mereka berkahwin Sabtu lalu di kampung halaman mereka.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment