Tuesday 7 April 2015

Pelancong langgar lari, polis tembak tayar kereta

Foto Bangkok Post

PATTAYA - THAILAND. Polis terpaksa menembak tayar sebuah kereta yang dipandu seorang pelancong Amerika Syarikat (AS) selepas pelancong tersebut melanggar 13 kenderaan dan gagal memberhentikan kenderaannya selepas dikejar lebih 30 minit, semalam.

Menurut Bangkok Post, pelancong wanita berumur 29 tahun berkenaan memandu melawan arus dan melanggar sebuah motorsikal dan tidak memberhentikan kenderaannya.

Wanita tersebut kemudian terus memandu melawan arus dan melanggar 12 lagi kenderaan. Seorang wanita dilaporkan cedera.

Polis yang mengejar pelancong berkenaan kemudia bertindak menembak tayar dan memecahkan tingkap kereta pelancong tersebut selepas beliau tidak memberikan kerjasama.

Laporan media tempatan melaporkan pelancong tersebut dikenakan denda berat dan bersetuju membayar segala kerosakan yang disebabkan oleh kejadian tersebut.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment