Tuesday 7 April 2015

Merompak dalam keadaan bogel

DREMA ditahan. Gambar kecil, rakaman CCTV menunjukkan Drema memegang tuala memasuki kedai berkenaan.

Charleston (AS): Seorang wanita ditangkap kerana merompak sebuah kedai di sini dalam keadaan bogel.

Menurut saksi Drema Gale Setliff memegang tuala sambil mengarah pekerja di kedai One Stop membuka peti simpanan wang.

Tuala itu bagaimanapun bukan untuk menutup tubuhnya.

Sebelum itu, polis menerima laporan mengenai seorang wanita berjalan dalam keadaan bogel di tempat letak kereta sebuah motel.

Wanita berusia 30 tahun itu ditemui polis dalam almari kedai elektrik kedai yang dirompaknya.

- Sumber: Harian Metro 

No comments:

Post a Comment