Tuesday 7 April 2015

SOP pelaksanaan GST oleh KFC dipuji

Prosedur Operasi Standard (SOP) KFC Malaysia dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dipuji.

KUALA LUMPUR: Prosedur Operasi Standard (SOP) KFC Malaysia dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dipuji.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mengunjungi restoran KFC Simpang Renggam hari ini memuji syarikat berkenaan atas usahanya itu, kata KFC Malaysia menerusi satu kenyataan.

KFC Malaysia berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mematuhi peraturan GST, kata Naib Presiden Kanannya Ling Mee Jiuan.

GST yang berkuat kuasa 1 April, menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan syarikat itu.

"Pelanggan kini membayar jumlah yang sama atau kurang menerusi GST berikutan harga beberapa makanan pilihan sudah dikurangkan," katanya. 

- Sumber: Bernama |  April 07, 2015  

No comments:

Post a Comment