Wednesday 1 April 2015

Pergaduhan di stesen minyak: Polis akan menyiasat kedua-dua belah pihak

Pergaduhan di stesen minyak: Polis akan menyiasat kedua-dua belah pihak.

KUALA LUMPUR: Video kemalangan yang menyebabkan pergaduhan di sebuah stesen minyak antara pemandu teksi dengan sekumpulan gadis di Shah Alam berlaku pada Ahad 29 Mac dan polis sudah menerima laporan daripada kedua-dua belah pihak.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias, ia berlaku selepas terdapat pengeseran kecil antara kedua-dua belah pihak.

"Kita telahpun membuka kertas siasatan, pihak polis memberi peluang kepada yang terlibat untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Kita akan memohon laporan perubatan daripada kedua-dua pihak untuk memulakan siasatan." jelas ACP Azisman.

Tambah ACP Azisman, jika jelas ada bukti bahawa terdapat kesalahan sama ada daripada pihak yang membuat provokasi atau sebagainya, pesalah akan dibawa ke muka pengadilan.

ACP Azisman juga mengesahkan bapa kepada pemandu wanita tersebut telah memukul pemandu teksi yang didakwa memukul anaknya itu.
Menurutnya lagi, bapa wanita tersebut memukul pemandu teksi itu semasa membuat laporan polis walaupun sudah dinasihati tidak melakukannya dan polis akan mengambil tindakan terhadapnya.

Dibawah peruntukan undang-undang, jika berlaku ugutan jenayah iaitu menakut-nakutkan atau serangan fizikal, pesalah akan didakwa bawah seksyen 506 di bawah kanun keseksaan dan seksyen 323 iaitu mendatangkan kecederaan.

Video sekumpulan gadis mengamuk di sebuah stesen minyak di Shah Alam selepas berlaku sebuah kemalangan menjadi viral di media sosial dengan pelbagai komen negatif dilemparkan terhadap tiga orang wanita yang terlibat.

Ini menunjukkan tabiat pengguna media sosial yang sering menghukum seseorang tanpa usul periksa cerita disebalik sesuatu peristiwa.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment