Wednesday, 1 April 2015

Sambal ubat vokal Cakra Khan

KUALA LUMPUR : Penyanyi kelahiran Indonesia, Cakra Khan mendedahkan petua untuk memastikan suara lunak.

Jejaka berusia 24 tahun itu berkongsi petua bahawa perlu makan sambal sebelum melalui proses rakaman.

"Saya mengamalkan petua makan sambal sebelum merakamkan lagu bagi memastikan suara lebih sedap.

"Tidak sangka rupanya Datuk Siti Nurhaliza rupanya turut mengamalkan rahsia yang sama.

"Kami makan nasi padang sebelum merakamkan lagu duet Seluruh Cinta itu," kata Cakra ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama media di Hotel Istana, di sini.

Sementara itu, Cakra turut meluahkan hasrat untuk berkolaborasi dengan Ed Sheeran kerana begitu meminati penyanyi antarabangsa itu.

"Saya cuma memberitahu kepada pihak pengurusan untuk berduet dengan Ed Sheeran namun tidak menyimpan harapan terlalu tinggi.

"Saya turut berkesempatan pergi konsert Ed Sheeran di Singapura baru-baru ini. Antara lagu kegemaran saya adalah I'm A Mess dan Thinking Out Loud," katanya.

- Sumber: BH Online | 31 Mac 2015

No comments:

Post a Comment