KUALA LUMPUR - Keputusan siapa Ketua Pembangkang yang baharu hanya akan diputuskan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.
Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata, kerusi Parlimen Permatang Pauh akan tetap diberikan kepada PKR.
"Bagi kita setakat hari ini kerusi Permatang Pauh masih belum dikosongkan. Speaker belum lagi umum kekosongan kerusi.
"Jadi, sekiranya kerusi Permatang Pauh diumumkan kosong, sudah tentu konsensus dalam PR ini adalah calon untuk Permatang Pauh akan ditentukan kepimpinan PKR," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.
Hari ini, Anwar dilaporkan hilang kelayakan di Permatang Pauh selepas Lembaga Pengampunan dikatakan menolak permohonan keluarga Anwar.
Menurut Anthony lagi, isu pengganti Ketua Pembangkang masih belum timbul susulan kerusi Permatang Pauh masih belum dikosongkan.
"Kita akan membuat keputusan itu selepas PRK. Saya rasa soal isu Ketua Pembangkang itu belum timbul lagi.
"Kita hanya akan buat keputusan sehingga selepas proses PRK ini...sekiranya ada," katanya.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment