Monday 30 March 2015

Gempar dapat panggilan kewujudan bom

Mahkamah Majistret Jitra.

JITRA - Orang ramai yang berurusan di Mahkamah Majistret Jitra, di sini, digemparkan dengan kewujudan bom selepas pihak mahkamah menerima panggilan daripada seorang lelaki.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, difahamkan panggilan itu dijawab oleh seorang kerani yang bertugas.

Susulan itu, mahkamah dengan bantuan polis mengarahkan orang ramai keluar daripada pekarangan bangunan mahkamah tersebut.

Pemeriksaan oleh Unit Pengesan Bom Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah bagaimanapun mendapati tiada kesan menunjukkan kewujudan bom di premis itu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurut beliau, pihak mahkamah menerima panggilan daripada seorang lelaki India yang memaklumkan kewujudan bom.

"Kita telah melakukan pemeriksaan dan mengklafikasikan kes sebagai panggilan palsu atau ugutan psikologi", katanya kepada Sinar Harian.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment