Monday 30 March 2015

Tindakan 'biadap' kumpulan metal Carcass timbulkan kemarahan peminat muzik

Tindakan 'biadap' kumpulan itu turut mendapat selaan salah seorang artis nasyid, Hamzah Hamidun.

KUALA LUMPUR: Gara-gara 'marah', sebuah kumpulan metal dari England, Carcass telah bertindak memuat naik status di Facebook menyelar kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan mereka mengadakan persembahan di sini.

Malah, kumpulan tersebut juga telah memuat naik imej bendera Malaysia secara terbalik sambil mengatakan visa mereka telah ditolak kerana kandungan lirik mereka yang tidak sesuai.

Tindakan itu telah menimbulkan kemarahan peminat-peminat muzik tempatan yang turut memuat naik komen mereka pada status tersebut.

Antara komen itu diajukan oleh seorang artis nasyid, Hafiz Hamidun, yang mempersoal tujuan kumpulan tersebut menterbalikkan imej Jalur Gemilang.

"Whats up with the flag? Sorry, no respect for you too. As a Malaysian, im happy you guys are not performing here. (Kenapa letak bendera macam tu? Maaf, saya pun tak ada rasa hormat pada kamu. Sebagai rakyat Malaysia, saya gembira anda tidak mengadakan persembahan di sini)," tulisnya.







Bagaimanapun, salah satu daripada komen yang diberikan menyebut bahawa negara yang menolak visa kumpulan Carcass sebenarnya Filipina dan bukannya Malaysia, kerana Malaysia tiada dalam senarai jelajah mereka.



Sebelum ini, kumpulan heavy metal Lamb of God juga pernah dibatalkanpersembahan di Malaysia pada September 2013 selepas mendapat arahan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment