Monday 30 March 2015

Berkonsepkan Garden Wedding, Sharifah Sakinah nikah dalam hujan




Majlis pernikahan berlangsung dengan meriah di Hotel Shangri-La di Putrajaya dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat. - Instagram Sharifah Sakinah

DENGAN sekali lafaz, pelakon Sharifah Sakinah, 26, kini sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya Aliff Adha, 27.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Syed Abu Bakar di hadapan Imam Masjid Wilayah Putrajaya, Ustaz Fairuz Suhari pada petang Sabtu.

Majlis pernikahan berlangsung dengan meriah di Hotel Shangri-La di Putrajaya dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat.

Sharifah Sakinah atau lebih mesra dengan pangilan Kinah menerima tujuh dulang hantaran unik daripada pihak lelaki di mana kesemuanya adalah tujuh pasang kasut Adidas dengan rekaan berbeza.

Pihak perempuan membalas sebanyak sembilan dulang hantaran berupa sebentuk cincin, senaskah Al – Quran, tali pinggang, seutas jam dan sepasang kasut bola.

Bagaimanapun, jumlah mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan.

Lebih menarik lagi, sewaktu majlis pernikahan berlangsung, hujan turun renyai-renyai seakan-akan merestui hari bahagia pasangan tersebut.

Pasangan ini juga turut berkongsi detik indah itu menerusi akaun Instagram dengan hashtag #kinalif.

Di sini dikongsikan foto-foto menarik sekitar majlis pernikahan Kinalif yang diambil daripada jurufoto rasmi iaitu PelangiPutih Films.
--------





- Sumber: Astro Gempak 

No comments:

Post a Comment