Thursday 15 January 2015

Pertempuran epik dengan raksasa

ACTION Role Playing (ARP) merupakan genre permainan video yang sangat mendalam dan memerlukan masa lebih lama untuk dihabiskan. Antara judul terkemuka ARP ialah Dragon Age dan Mass Effect yang dihasilkan oleh Bioware. Namun, kedua-dua judul itu mempunyai tetapan masa yang berbeza. Dragon Age lebih pada masa silam manakala Mass Effect berlaku pada masa hadapan. Bagi sesetengah pemain, Dragon Age lebih menjadi pilihan mereka untuk dimainkan pada kebanyakan platform terkemuka.

War Room

Ini merupakan satu penambah guna dalam siri Dragon Age: Inquisition. Sebagai ketua kepada kumpulan The Inquisition, pemain diberi pandangan taktikal di seluruh Ferelden dan Orlais.

Bagi melaksanakan misi, pemain memerlukan Power yang boleh didapati dengan melaksanakan misi-misi sampingan.

Selain itu, misi-misi itu boleh dijalankan dengan tiga operator dan setiap daripadanya mempunyai pendekatan tersendiri serta ia mengambil masa yang berbeza untuk melengkapkan misi tersebut. 

Perbualan Imersif

Sama seperti permainan video action role playing lain ciptaan Bioware, pemain sentiasa diberi pilihan jawapan dalam setiap perbualan dan pilihan mereka akan membawa keputusan berbeza.

Paling penting, jika pemain pernah menamatkan siri Dragon Age sebelum ini, pilihan-pilihan yang dilakukan mereka sebelum ini akan mempengaruhi dunia Dragon Age: Inquisition.

Setiap perbualan pemain akan diberi pilihan jawapan sama ada untuk menyokong kenyataan, menentang atau mengutarakan kekeliruan mereka.

Malah, Dragon Age juga membolehkan pemain menjalinkan hubungan dengan pengikut-pengikut mereka dengan bebas.

Sepanjang perjalanan, pemain akan bertemu dengan pelbagai watak dan ada daripada mereka yang sanggup menyertai The Inquisition untuk membantu menutup the rift.

Plot

Dragon Age: Inquisition merupakan kesinambungan kepada siri sebelum ini iaitu Dragon Age II apabila pemain perlu memainkan watak Hawke yang telah membawa keamanan pada Ferelden.

Kini, ancaman baharu muncul berikutan letupan yang berlaku pada majlis tertinggi antara Mages dan Templar sehingga menyebabkan kedua-dua pihak menjadi musuh. 

Memburukkan lagi keadaan ialah kehadiran Rift yang membawa masuk pelbagai raksasa dari The Fade.

Sebagai watak utama, pemain bertanggungjawab mencari jalan untuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah dan dalam pada masa sama, menutup Rift menggunakan mark di tangan pemain yang dilaporkan semakin banyak di seluruh Ferelden di bawah panji-panji The Inquisition.

Mekanisme permainan

Bagi sesetengah pemain yang biasa dengan siri Dragon Age, mereka pasti dapat mengenal pasti bahawa Dragon Age: Inquisition mempunyai mekanisme permainan yang hampir sama tetapi terdapat sedikit penambahan berbanding siri sebelum ini.

Pemain juga mempunyai perspektif pandangan orang ketiga dan beberapa heads up display yang memaparkan maklumat-maklumat penting seperti jumlah nyawa dan tetapan kemahiran.

Namun, bagi setiap pertempuran, pemain akan diberi pilihan untuk pause dan mengaturkan strategi serangan mereka. Ia sangat efektif untuk menumpaskan musuh yang lebih mencabar.

Elemen pertempuran pula bergantung pada kelas watak dan pemain boleh memilih antara warrior, mage dan rogue yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Di samping itu, setiap kelas mempunyai cabang kemahiran yang sangat luas sama ada serangan atau ketahanan. 

Ia bergantung kepada pemain untuk membuat pilihan pada permulaan permainan dan seperti yang dibincangkan, ia akan mempengaruhi cara mereka bermain.

Pemain juga harus sedar bahawa Dragon Age: Inquisition mengguna pakai kesan-kesan seperti bleeding, stunned dan sunder dalam pertempuran. Namun, ia perlu digunakan sekiranya pemain ingin memenangi pertempuran dengan mudah dan efektif.

Crafting

Dragon Age: Inquisition juga mendorong pemain untuk menjelajahi seluruh Ferelden dan Orlais sambil menjalankan pelbagai misi sampingan.

Paling penting, pemain juga mempunyai peluang untuk mengumpul barang-barang yang diperlukan untuk craft kelengkapan lebih kuat.

Pemain harus mendapatkan kelengkapan tersebut terlebih dahulu dan beberapa schematic pada merchant yang berada di kebanyakan kawasan umum.

Crafting adalah satu feature yang perlu diberi perhatian kerana kebanyakan kelengkapan boleh dipertingkatkan lagi keberkesanannya dengan penambahan runes yang memberi kelebihan magic padanya. 

Sebagai pulangan, pihak musuh kini bukan sahaja diserang dengan serangan fizikal dan kesan-kesan bleed serta stagger, malah mereka kini diserang dengan unsur magic.

Grafik dan audio

Tidak dinafikan bahawa Dragon Age: Inquisition mempunyai grafik sangat terperinci dan cantik walaupun pada platform konsol.

Pertempuran kini lebih berwarna dengan kesan magic dan letupan juga dipertingkatkan. Malah, beberapa lokasi dalam permainan ini pasti membuatkan pemain lebih menghargai reka bentuk yang telah dihasilkan oleh Bioware.

Kesan bunyi dan lakonan suara juga dipertingkatkan agar lebih realistik dan ia penting bagi mewujudkan suasana tegang, suram atau gembira yang efektif.

- Sumber: Kosmo!

No comments:

Post a Comment