Thursday 15 January 2015

David Luiz jadi bahan jenaka selepas dipilih 'World XI'

David Luiz diiktiraf pemain antarabangsa.

KUALA LUMPUR: Dunia terkejut apabila pertahanan Brazil David Luiz tersenarai dalam kesebelasan dunia FIFA/FifPro.

Telegraph UK melaporkan badan pemain bola sepak profesional, FifPro menyatakan 'Team of the Year' dipilih berdasarkan undian yang dibuat 23,383 pemain dari 58 negara.

Wartawan dan peminat tidak terlibat dalam undian ini. Ini bermakna para pemain profesional mengiktiraf David sebagai salah seorang pertahanan terbaik di dunia.


Penulis laporan itu, Jason Burt turut menyatakan keputusan yang dibuat lebih 23,000 pemain dan jurulatih Paris St Germain (PSG), Carlo Ancelotti adalah lebih matang berbanding troll terhadap pemilihan David di media sosial.

Baginya lagi, David Luiz adalah pemain pertahanan yang hebat dan pemimpin yang layak untuk berada dalam pasukan Fifa tahun.

Kenapa pemilihan David Luiz disindir? Mungkin ramai yang menghukum David berdasarkan persembahan buruknya semasa Piala Dunia bersama Brazil tahun lalu.

Skuad bimbingan Luiz Felipe Scolari itu diaibkan di halaman mereka sendiri 1-7 kepada juara dunia, Jerman.

Selain itu ramai juga berkongsi gambar pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang sedang ketawa kononnya ketawa sinis terhadap penyenaraian David dalam World XI.

David pernah beraksi bersama Chelsea bersama Mourinho. Laporan menyebut Mourinho membuat keputusan untuk menjual David kerana tidak berpuas hati dengan persembahannya.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment