Thursday 15 January 2015

Pembunuhan Bali: Perbicaraan pasangan Amerika bermula



Mangsa dan kedua-dua suspek berasal dari Chicago.

DENPASAR: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat dan teman wanitanya yang berusia belasan tahun berhadapan perbicaraan di Pulau Bali, Indonesia pada Rabu atas tuduhan membunuh ibu wanitaitu selepas dijumpai terperosok di dalam beg pakaian di luar sebuah hotel terkemuka di Indonesia pada Ogos, tahun lalu.

Suspek Heather Mack, yang hamil dan teman lelakinya, Tommy Schaefer bakal berdepan hukuman mati jika didapati bersalah atas tuduhan merancang pembunuhan ke atas Sheila von-Wiese Mack, 62 yang dijumpai mati di tempat letak beg di dalam but sebuah teksi di sebuah hotel di pulau peranginan itu.

Pihak pendakwa berkata, Schaefer yang teresak-esak menangis ketika memasuki kamar perbicaraan, “memukul von-Wiese Mack secara membuta tuli” dengan sebuah mangkuk selepas dia melepaskan kata-kata berbau perkauman kepadanya dalam satu pertelingkahan. Schaefer berkulit hitam .

“Tertuduh yang sedang marah dan beremosi, mengangkat sebiji mangkuk buah dan membalingnya ke muka von Wiese Mack,” kata pendakwaraya Eddy Arta Wijaya di Mahkamah Daerah yang terletak di wilayah Denpasar ketika membacakan pendakwaan.

“Wiese cuba menolak pemegang (mangkuk) tersebut ke arah Schaefer dan terkena mulutnya, dan ini telah menyebabkan beliau lebih marah dan beremosi. Dengan menggunakan kedua-dua tangannya, Schaefer memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian mata dan hidungnya menggunakan mangkuk buah tersebut.”

Dia kemudian menolak bahagian muka (Wiese) ke katil, “sehingga mangsa kaku,” tambah Eddy.

Pihak pendakwaan berkata Heather Mack, 19, hanya mampu bersembunyi di dalam bilik mandi ketika pergelutan berlaku sebelum beliau dan teman lelakinya itu menyumbat badan ibunya ke dalam beg pakaian.

Mack dan Schaefer, yang dibicarakan secara berasingan, keberatan untuk memberi sebarang temuramah kepada pihak media selepas perbicaraan. Perbicaraan akan bersambung pada Januari 21.

Mangsa dan kedua-dua suspek berasal dari Chicago. 

- Sumber berita dan gambar: AFP

No comments:

Post a Comment