Thursday 15 January 2015

7 rentung dalam kemalangan bas berhampiran Tapah

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan dipercayai melanggar sebuah tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tujuh penumpang sebuah bas rentung manakala 22 yang lain cedera dalam kemalangan di KM326.3 Lebuhraya Utara Selatan PLUS, berhampiran susur keluar Tapah awal pagi ini.

Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi tadi berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands, Pahang.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan terbabas selepas dipercayai melanggar sebuah tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan.

Bas berkenaan kemudiannya terbabas ke laluan kiri dan melanggar sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan sebelum terbakar.

Pemandu kereta jenis Daihatsu Charade itu dikatakan memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat berbuat demikian.

Berdasarkan maklumat mereka yang terselamat, ketika kemalangan bas itu dipercayai membawa 30 penumpang. 

- Sumber: Astro Awani |  Januari 15, 2015

No comments:

Post a Comment