Friday 17 July 2015

Selepas digantung sekolah, Jibam bakal tinggalkan Oh My English?

Mungkinkah peminat Oh My English tidak akan bertemu Jibam lagi?

Setelah dua episod berlalu, tiada tanda kemunculan Jibam di drama bersiri Oh My English dan peminat setia juga sudah mula tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi kepadanya.

Imbas kembali kejadian sebelum Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Ariff mengambil tindakan supaya dia digantung sekolah, kelakuan Jibam agak berlainan.

Dia yang dahulu terkenal dengan perwatakan baik dan ‘innocent’ telah berubah menjadi nakal dan sanggup bekerjasama dengan pembuli disekolahnya sehingga menyebabkan Mr. Middleton tercedera.

Bagaimanapun selepas digantung sekolah, ketiadaan Jibam dalam Oh My English mula dirindui peminat setia drama tersebut.

Malah ada juga yang meluahkan kerisauan di akaun twitter dengan menggunakan hashtag (#OME, #Jibam) antaranya:

“Kenapakah kau berubah? #Jibam #Ohmyenglish”

“Jibam kiut, kelakar. Hmm rindu Jibam. #Jibam #Ohmyenglish”

Namun adakah Jibam benar-benar akan meninggalkan Oh My English?

Mungkinkah peminat Oh My English tidak akan bertemu Jibam lagi?

Oh My English! Class of 2015 yang dibintangi oleh Zain Saidin (Mr. Middleton) dan Nazrief Ariff (Cikgu Ariff).

Saksikan Oh My English! Class of 2015 untuk mengetahui sama ada Jibam akan kembali ataupun tidak.

OME bersiaran pada setiap Ahad, jam 6.30 petang di Astro TVIQ (saluran 610) dan Maya HD (saluran 135).

- Sumber: Astro Gempak

No comments:

Post a Comment