Friday 17 July 2015

Peminat pertikai iklan tudung Neelofa




Iklan tudung selebriti popular, Neelofa sempena raya mendapat kritikan peminat sebaik saja dimuat naik di laman Youtube sejak dua minggu lalu.
Video itu berdurasi empat minit yang berjudul Fantasia Naelofar Raya 2015 memaparkan aksi Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mengenakan pelbagai warna dan rekaan tudungnya. 

Walaupun dalam iklan ini tudung-tudung di bawah jenama Naelofar yang dikenakan oleh Neelofa kelihatan sangat cantik namun dia dikritik hebat kerana didakwa tidak menampilkan sifat muslimah yang sepatutnya dan kurang sesuai dengan penampilannya berhijab.

PELAKON, Neelofa. - Foto Osman Adnan

Antara komen-komen diberikan berbunyi seperti;

"Jadi kalau pakai kelubong neelofa dapat menggoda jantan2 sekeliling dengan lebih jayanya lah kan? Sama jer dengan iklan perfume yang ada pempuan berlarian2 nak suruh jantan2 perasan kehadiran beliau, ..Anyway, for most meleis, hijab is just a headgear..so I rest my case here sis.

"Fokus lebih kepada model lelaki tu je. Menunjukkn pakai tdung ni untuk menarik perhatian lelaki ajnabi patutnya pkai tdung nak hindarkan dari pndgn lelaki ajnabi.so iklan ni sama je dgn iklan western yg lain to attract men.better lg iklan perfume dato ct yg tnjuk confident dlm diri wanita wlupun model perempuan tu xberhijab.just my two cent.

"Hijab is supposed to protect women from the eyes of men. And to make women be modest. Totally not what is portrayed in the video. Please be more sensitive next time. Understand what hijab is. I bet if you show the benefits of hijab in your ad, not only you would get more customers, but you would get pahala for dakwah too. Maybe next time.

Iklan berkonsepkan fantasi itu memaparkan beberapa orang lelaki kacak terpesona dengan kejelitaan Neelofa (atau tudung Naelofar yang dikenakan) namun aksi Neelofa disifatkan tidak bersesuaian dengan imej berhijab. 

Menerusi komen-komen negatif yang menempelak iklan raya itu dengan alasan ianya bercanggah tujuan utama wanita berhijab. Namun, ada juga peminat yang turut menyokong dan memberikan nasihat secara baik untuk iklan Neelofa pada masa akan datang.

- Sumber: BH online 

No comments:

Post a Comment