Friday 17 July 2015

Lima maut babitkan kemalangan Myvi-Proton Saga

Keadaan kereta mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu, petang tadi.

MACHANG - Lima maut termasuk dua kanak-kanak dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Bunut, dekat sini kira-kira jam 4.20 petang, di sini hari ini.

Kemalangan membabitkan kereta Myvi dan Proton Saga itu turut menyebabkan empat yang lain cedera.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Kelantan, Bazri Abdul Rahman berkata, Bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 4.29 petang dan tiba di tempat kejadian 14 minit kemudian.

"Semasa tiba di tempat kejadian didapati terdapat tiga mangsa yang tersepit manakala mangsa lain telah dikeluarkan oleh orang ramai.

"Anggota bomba kemudiannya mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit lagi itu," katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment