Tuesday 7 July 2015

Ada apa Gomez-Simpson?

Selena Gomez

BARU sahaja dikhabarkan putus cinta dengan Zedd, kini pelakon Selena Gomez dikatakan mula rapat pula dengan penyanyi, Cody Simpson. Ia dikuatkan lagi dengan gambar selfie mereka berdua yang sudah tersebar luas di Internet. 

Justeru gambar selfie antara Selena dan Cody nyata membuatkan wujudnya pelbagai spekulasi daripada peminat yang menyatakan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Tambahan ibu kepada Cody juga ada memberi respons terhadap gambar selfie mereka berdua itu seperti yang dipetik daripada Daily Mail. 

Tetapi hingga kini, belum ada pengesahan daripada pihak Cody mahupun Selena sendiri mengenai hubungan mereka itu.

- Sumber: Daily Mail

No comments:

Post a Comment