Tuesday, 16 June 2015

'TMJ salah sebab tuduh Najib sembunyikan sesuatu' - Nazri

NAZRI: 'TMJ salah sebab tuduh Najib sembunyikan sesuatu.' -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dilihat seolah-olah tidak mempedulikan amaran Tunku Ismail Sultan Ibrahim, malahan menuduh Tengku Mahkota Johor itu bersalah dalam 'krisis' panas di antara mereka.

Tegas Nazri, sepertimana dipetik portal Malaysiakini, kesalahan Tunku Ismail adalah kerana menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sesuatu yang disembunyikan apabila tidak hadir ke majlis #Nothing2Hide baru-baru ini.

"Saya boleh faham jika putera itu kata 'saya sedih kerana dia (Najib) tidak hadir'. Saya boleh terima. Itu tidak campur hal politik.

"Tetapi dia kata, 'sudah tentu dia (Najib) tidak hadir dalam (dialog) Nothing to Hide kerana ada sesuatu hendak disembunyikan.

"Itu bersifat menghukum. Ia bermakna Tunku Ismail Sultan Ibrahim daripada Johor sudah menghukum PM salah. Itu apa yang tidak kerana dengannya," katanya.

Selain itu, Nazri menjelaskan kenyataan Tunku Ismail berbeza dengan sokongan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang bertitah Raja-raja Melayu tidak berpihak kepada anutan dan fahaman politik kepartian dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara.

Sebelum ini, Nazri berkata, dia bersedia untuk disiasat berhubung kenyataannya terhadap Tunku Ismail dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

Pada Sabtu lepas, Nazri mengecam Tunku Ismail ekoran status Facebook Baginda mengenai sesi dialog #Nothing2Hide.

Nazri juga menegaskan, Tunku Ismail harus menjauhkan diri daripada politik.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment