Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter dilapor berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 5.04 pagi tadi. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter dilapor berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 5.04 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran ialah 67 kilometer dari barat kepulauan tersebut dan 832 kilometer tenggara Semporna, Sabah.
Tiada ancaman tsunami dikeluarkan.
- Sumber: Bernama | 16 Jun 2015
No comments:
Post a Comment