Tuesday 16 June 2015

Tiada lagi Pakatan Rakyat, kata DAP

Guan Eng

SHAH ALAM - Gabungan Pakatan Rakyat yang terjalin sejak 2008 kini sudah tidak wujud lagi, umum Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng dalam satu kenyataan media berkata, parti itu menerima keputusan Pas yang meluluskan usul memutuskan hubungannya dengan DAP sekali gus berkata, Pakatan Rakyat kini sudah terbubar.

“Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar Pas secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud,” ujarnya.

Katanya lagi, DAP bagaimanapun akan terus bekerjasama dengan PKR dan semua kuasa-kuasa lain dalam memastikan tampuk pemerintahan negara bertukar tangan.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment