Yusuf (kiri) dan Che Nisah (tengah) terpaksa mengurung anak mereka (kanan) dalam sebuah bilik berpagar bagi mengelak dia merayau ke dalam hutan.
JERANTUT - Ibu bapa mana yang sanggup mengurung anak dalam bilik berpagar, namun itulah yang terpaksa dilakukan oleh pasangan suami isteri ke atas seorang anak kurang upaya (OKU) mereka di Kampung Belukar, Damak, di sini sejak beberapa bulan lalu.
Ibu bapa terbabit, Yusuf Nin, 60 dan Che Nisah Hussin, 54, terpaksa berbuat demikian kerana bimbang anaknya, yang berusia 14 tahun itu akan merayau ke dalam hutan dan tidak jumpa jalan pulang.
Menurut Yusuf, anaknya itu pernah hilang beberapa hari sebelum ini dan ditemui berada dalam sebuah hutan yang agak jauh dari rumah mereka.
“Kami bimbang sekiranya kami tidak mengurung anak kami ini, dia akan merayau ke dalam hutan dan tidak dapat pulang semula ke rumah.
- Sumber: Sinar Harian | 28 Jun 2015
No comments:
Post a Comment