Sunday, 28 June 2015

Kepala tersekat di tong sampah kerana mabuk

Dave Sayers berusaha mengeluarkan kepalanya yang tersekat di sebuah tong sampah. - Foto Telegraph UK

SEORANG pemain golf menjadi popular selepas berjaya melakukan 'hole-in-one' menggunakan kepalanya di sebuah tong sampah.

Menurut laporan Telegraph UK, Dave Sayers, 49 berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

Sayers memberitahu, beliau dan kawan-kawan bermain golf sebelum kejadian.

"Saya kalah disebabkan beberapa pukulan teruk. (Selepas itu) kami minum arak," kata Sayers yang berasal dari Cross Heath, Newcastle-Lyme.

"Saya beritahu kawan-kawan, saya akan buang kayu golf saya (ke dalam tong sampah) tetapi ianya tidak muat. 

"Jadi saya masukkan kepala saya (ke dalam tong sampah) dan saya gagal keluarkan (kepala)," tambah beliau.

Melalui sebuah video yang dimuatnaik, pejalan kaki dan kawan-kawan Sayers, termasuk isterinya, Alison dan dua orang anak, Daniel dan Jake ketawa ketika Sayers berusaha mengeluarkan kepalanya.

Kepala Sayers akhirnya berjaya dikeluarkan selepas seorang kawannya melumur Vaseline dan memudahkan kepalanya keluar.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment