Friday, 12 June 2015

Sasterawan Negara, A Samad Said sertai DAP esok

Datuk A. Samad Said

SHAH ALAM - Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, bakal menyertai DAP secara rasmi bermula esok.

Dakwaan tersebut disahkan oleh dirinya sendiri ketika dihubungi sebuah portal tempatan hari ini.

"Itu betul," katanya seperti yang dipetik menerusi sebuah portal, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas dan hanya akan menjelaskan butiran selanjutnya dalam sidang media bersama pemimpin tertinggi DAP di Kelantan, esok.

"Oleh kerana kita akan mengadakan sidang media, jadi di sana akan dijawab...barangkali tengahari atau petang," katanya.

A Samad atau Pak Samad dikatakan akan hadir dalam Majlis penyerahan rumah oleh Gabungan Impian Kelantan (GIK) kepada penduduk Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang pagi esok.

Kemungkinan besar, penyertaan Samad akan diumumkan dalam acara tersebut.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment