Nurul Izzah
KUALA LUMPUR - PKR masih meneruskan rundingan dari semasa ke semasa bagi mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut antara Pas dan DAP.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya tidak bercadang untuk mengulas panjang mengenai isu itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Ditanya mengenai usaha yang dilakukan PKR khususnya ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden parti untuk memulihkan keadaan itu, beliau berkata, semua berjalan dengan baik.
“Alhamdulillah perbincangan diteruskan. Perbincangan dengan DAP dan Pas (dibuat) secara bersaingan,” katanya.
Walaupun berdepan keadaan sukar, beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu masih optimis PR akan melangkah ke Putrajaya pada PRU14 yang akan datang.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment