Monday 11 May 2015

Tiada sengketa antara saya dan Muhyiddin - Najib

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan beliau tidak sehaluan dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Mereka yang sebarkan khabar angin tentang maklumat palsu sebelum ini, mereka akan kecewa," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Najib berkata, beliau sentiasa mengadakan perbincangan hati ke hati dengan Muhyiddin.

"Saya hargai idea-idea bernas yang diberikan oleh timbalan presiden.

"Pagi ini pun saya adakan pertemuan hati ke hati dengan timbalan presiden," katanya.

Katanya, anggota MT dalam mesyuarat hari ini menyatakan sokongan yang padu kepada presiden dan timbalan presiden.

Beliau menjelaskan semua anggota MT UMNO mahu presiden dan timbalan presiden serta semua pemimpin tertinggi parti bekerja dalam satu pasukan untuk menangani cabaran.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment