Monday 11 May 2015

Menyedihkan: Tembak mati isteri, anak kerana migrain

Randy Janzen berkata dia membunuh anaknya, Emily, 19, kerana susah hati dengan penyakit migrain yang dihidapi anak gadisnya itu. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang bapa di Vancouver, Kanada, mengaku menembak mati isteri, anaknya dan kakaknya dalam satu status yang dimuat naik di laman Facebook pada 7 Mei lalu.

Randy Janzen berkata dia membunuh anaknya, Emily, 19, kerana susah hati dengan penyakit migrain yang dihidapi anak gadisnya itu.

Randy juga mengaku membunuh isterinya, Laurel, kerana menurut Randy, seorang ibu tidak patut mendengar berita kematian anaknya.

Manakala kakaknya, Shelly, dibunuh kerana Randy enggan kakaknya itu berasa bertanggungjawab atas jenayah yang dilakukannya.

Polis menyerbu rumah Randy beberapa jam selepas status itu dimuat naik, namun Randy dilaporkan telah membunuh diri pada saat polis tiba.

Dalam status tersebut, Randy menyatakan Emily merupakan anak perempuan yang sangat baik namun terpaksa menderita kerana penyakit migrain.

"Emily adalah anak perempuan idaman mana-mana ibu bapa dan saya tak sanggup melihat dia sakit.

"Ini adalah keputusan saya sendiri dan saya bertanggungjawab di atas kematian ahli keluarga saya. Apa yang penting, mereka tidak lagi menanggung sakit dan malu," kata Randy.

- Sumber: Astro and 

No comments:

Post a Comment