Monday 11 May 2015

"Saya harap Charlotte sudi jaga saya bila uzur kelak" - Putera Charles

Putera Charles menaruh harapan tinggi untuk cucu perempuannya.

KUALA LUMPUR: Semua orang tahu selain Putera William, ayahandanya, Putera Charles juga mengharapkan agar pewaris takhta keempat Britain yang dilahirkan 2 Mei lalu adalah perempuan.

Charles sebelum ini langsung tidak berahsia apabila memberitahu khalayak tentang harapannya agar menantunya, Kate Middleton, melahirkan cucu perempuan pula selepas memiliki cucu lelaki, Putera George.

Dan ketika majlis perasmian Institut Kanser Poundbury di Dorset minggu lalu , Charles sekali lagi tidak segan silu memberikan sebab mengapa dia mengharapkan kelahiran cucu perempuan.

Kata Charles, beliau amat mengharapkan Charlotte untuk menjaganya apabila beliau sudah terlalu tua suatu hari nanti.

"Charlotte sangat comel. Saya takkan teragak-agak untuk memanjakannya.

"Saya berharap Charlotte juga tidak keberatan menjaga saya apabila saya sudah terlampau uzur dan tua nanti," kata Charles. 

- Sumber: Agensi

No comments:

Post a Comment