Saturday 23 May 2015

'Saya ahli Umno tapi tak sokong Najib'

  • 'Saya ahli Umno tapi tak sokong Najib'
  • Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Afifuddin Omar ketika menyampaikan ucapannya di Forum "‎Mencari Pemimpin Baru Malaysia" di Dewan Sivik MBPJ, hari ini. - Foto Sinar Online oleh MUHAMMMAD SHAMSUL ABD GHANI

PETALING JAYA - "Saya masih lagi pemimpin Umno. Saya tahu forum ini ramai yang mengkritik kepimpinan Umno, tetapi saya datang bukan untuk membela mana-mana pemimpin Umno tetapi untuk mengambil bahagian kerana untuk mencari kebenaran".

Demikian penegasan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Afifuddin Omar ketika menyatakan sebab kenapa beliau hadir sebagai panel dalam Forum "‎Mencari Pemimpin Baru Malaysia" di Dewan Sivik MBPJ, di sini, hari ini.

Jelas Dr Afifuddin, kehadirannya itu adalah untuk menyatakan yang benar dan tidak mempertahankan Umno sekiranya parti itu melakukan kesilapan.

"Kalau abang (perumpamaan kepada Umno) saya buat salah. Saya kena kata salah," katanya.

Dr Afifuddin bagaimanapun turut tidak bersetuju dengan cara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk meletakkan jawatan.

"Saya tidak setuju 100 peratus dengan Tun Mahathir. Kritik boleh tapi jangan suruh letak jawatan.

"Saya juga hairan kenapa Najib sahaja yang menjawab tetapi bukan lembaga pengarah 1MDB," katanya.

Beliau menambah, sebagai rakyat yang terdedah dengan informasi terkini, masyarakat kena menimbang maklumat yang diterima.

"Bukan saya sokong atau saya pertahankan tetapi biarlah ia diadili dengan proses keadilan," katanya.

Sementara itu ketika sidang media, Dr Afifuddin berkata, walaupun beliau seorang ahli Umno, namun tidak bermakna beliau menyokong kepimpinan Najib.

"Saya ahli Umno tetapi tidak sokong Najib," katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment