Saturday 23 May 2015

Gempa kuat 6.8 magnitud landa Kepulauan Solomon



SYDNEY: Gempa kuat berukuran 6.8 magnitud melanda perairan Kepulauan Solomon awal pagi ini, gegaran ketiga dalam tempoh tiga hari namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi Penyelikian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kedalaman 10 kilometer (km), iaitu 205km dari Kirakira dan 448km dari ibu negara Honiara. 

Ia adalah gempa hari ketiga berturut-turut melanda Solomon iaitu sebelum ini berukuran 6.0 magnitud atau lebih. 

Semalam gempa 6.0 magnitud melanda kepulauan itu pada awal pagi dan 6.9 magnitud pada Khamis.

 - Sumber:  AFP | 23 Mei 2015

No comments:

Post a Comment