Saturday 23 May 2015

Budak terperangkap 20 jam dalam telaga

Kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan. 

SHAANXI - CHINA. Seorang kanak-kanak lelaki berjaya diselamatkan anggota keselamatan selepas terperangkap hampir 20 jam di dalam sebuah telaga di China, semalam.

Kanak-kanak berusia 2 tahun terjatuh dalam ke dalam lubang sempit berhampiran tapak pembinaan di Xi'an, wilayah Shaanxi.
Menurut laporan Tencent News, penyelamat mengalami kesukaran untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut kerana telaga tersebut hanya berkeluasan 30cm lebar dan sedalam 40 meter.

Anggota keselamatan terpaksa menggali sebuah lubang dengan kedalaman yang sama untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

Seramai 100 anggota bomba dan polis terlibat dalam operasi menyelamat.

- Sumber: Tencent News

No comments:

Post a Comment