Saturday 23 May 2015

Piala FA: Dubsmash selebriti, pemain bola sepak curi perhatian


Lagu tema pasukan bola sepak Kelantan Gomo Kelate Gomo jadi pilihan Dubsmash dari netizen - Foto Instagram

KUALA LUMPUR: Macam-macam cara dan gaya untuk memeriahkan final Piala FA yang bakal berlangsung pada 8:45 malam ini.

Paling mencuri tumpuan apabila selebriti dan pemain bola sepak negara menunjukkan betapa mereka punya semangat kesukanan yang tinggi, walaupun berlainan pasukan.

Perlawanan akhir yang melibatkan pasukan Kelantan dan Lions XII disifatkan ramai sebagai pertembungan dua negara iaitu Malaysia dan Singapura.

Justeru tidak hairanlah bukan setakat rakyat negeri Kelantan, tetapi juga negeri-negeri lain turut melaungkan sokongan buat Kelantan.

Ditambah pula dengan fenomena Dubsmash, ramai nampaknya mengambil kesempatan untuk meluahkan sokongan melalui medium tersebut.

Bermula dengan video dua artis, Joey dan Amir Raja Lawak dengan lagu tema pasukan bola sepak Kelantan ‘Gomo Kelate Gomo’ ia diikuti pula oleh Dubsmash dari kalangan pemain bola sepak Kelantan sendiri.

Pasukan bola sepak ATM dan Selangor juga mengikut jejak pasukan Kelantan dengan membuat Dubsmash yang serupa.

Perlawanan akhir Piala Fa antara Kelantan dan Lions XII berlangsung malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment