Saturday 23 May 2015

Dwayne Johnson 'The Rock' cipta rekod dunia selfie



The Rock melakar sejarah apabila berjaya merakam selfie paling banyak dalam tempoh masa tiga minit. - Foto YouTube Guinness World Records

KUALA LUMPUR: Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness.

Bekas ahli gusti dan bintang Hollywood itu melakar sejarah apabila berjaya merakam selfie paling banyak dalam tempoh masa tiga minit pada Jumaat.

Dwayne berada di London bagi menghadiri sesi tayangan perdana filem terbarunya yang berjudul San Andreas.

Pelakon filem Furious 7 itu berhasrat untuk memecahkan rekod dunia dengan mengambil gambar selfie paling banyak dalam tempoh masa tiga minit.

Beliau menangkap kesemua gambar itu di karpet merah bersama dengan para peminatnya.

Pengadil Rekod Dunia Guinness iaitu Mark McKinley menyatakan hanya gambar-gambar yang jelas diambil sahaja akan dikira.

Mark memastikan peraturan Guinness dipatuhi iaitu wajah dan leher para peminat haruslah lengkap, gambar-gambar itu fokus dan tidak kabur.

Selepas pengiraan, bintang berusia 43 tahun itu berjaya menangkap 105 selfie dalam tempoh tiga minit sekaligus memecahkan rekod terdahulu iaitu 75 selfie.

Dwayne turut berkongsi saat terciptanya rekod itu di akaun Instagramnya.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment