Saturday 23 May 2015

Nenek 65 tahun, lahir bayi kembar empat


Annegret merupakan penduduk Berlin adalah seorang guru Bahasa Inggeris dan bahasa Rusia yang bakal bersara tidak lama lagi. - Foto Twitter

BERLIN: Seorang nenek di Jerman berusia 65 tahun yang merupakan ibu kepada 13 orang anak, telah selamat melahirkan bayi kembar empat.

Lapor RTL Television, Annegret Raunigk telah hamil selepas menjalani beberapa prosedur rawatan kesuburan di Ukraine.

Tiga bayi lelaki dan seorang bayi perempuan dilahirkan pra-matang di Hospital Berlin pada minggu ke 26 kehamilan Annegret.

Menurut doktor yang merawatnya, kembar empat itu berada dalam keadaan sihat.

Annegret yang merupakan penduduk Berlin adalah seorang guru Bahasa Inggeris dan bahasa Rusia yang bakal bersara tidak lama lagi.

RTL Television dikatakan sedang berunding hak eksklusif bagi merakam siri realiti dengan nenek kepada tujuh cucu itu.

- Sumber: AFP

No comments:

Post a Comment